Type something and hit enter

ads here
By On
advertise here


Minggu lepas saya sudah ajar anda cara untuk kick orang dari rangkaian WiFi anda. Kali ini saya kembali dengan mengajar anda cara menghalang penggodam dari mengakses ke peranti/komputer anda melalui rangkaian.

Sebelum memulakan, mari kenali apakah itu ARP Spoofing?


ARP Spoofing - ARP Spoofing adalah kaedah seseorang (seperti penggodam) menggunakannya untuk mengalihkan trafik dari komputer anda melalui komputer si penggodam dan kemudian melalui internet. Ini membenarkan si penggodam membaca kesemua trafik yang dihantar menerusi komputer anda. Ini akan mendedahkan kata laluan, nombor kad kredit, dan maklumat peribadi anda.

Ok sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang ARP Spoofing sekarang saya perkenalkan anda pula alat untuk mencegahnya

NetCut Defender - Adalah perisian yang dibuat oleh pembangun NetCut sendiri, NetCut Defender ni mampu menghalang pengguna lain daripada..
  • Memotong line anda,
  • Mengakses ke dalam komputer anda,
  • Memberitahu apabila penggodam telah mengakses ke komputer anda.
NetCut ditawarkan secara percuma dan fail adalah amat ringan.

Langkan-langkah:

1. Memuatnaik dan memasang NetCut Defender

Pertama sekali anda perlu memuat turun perisian NetCut Defender disini.

Ataupun ikuti gambar di bawah:

Pergi ke Google dan cari "NetCut Defender"

Kemudian klik "Free Download netcut-defender"

Klik NetcutDefender dan kemudian NetCut Defender akan dimuat turun
Tetingkap NetCut Defender akan keluar apabila siap dimuat turun, klik "Next >"
Next..

Next..
Next..

NetCut Defender akan dipasang selepas anda klik "Install"
Tunggu sehingga pemasangan siap

Tetingkap baru akan keluar dan bertanyakan jika anda sudah memasang WinPcap atau tidak. Jika anda baca tutorial saya yang lepas (Bagaimana Untuk Kick Orang Lain Dari WiFi Kita?) sudah pasti WinPcap telah dipasang di komputer anda.

Klik ok jika belum

Tetingkap NetCut Defender akan keluar dan pilih salah satu (Dicadangkan untuk restart komputer anda untuk lebih efektif)

Kemudian klik "Finish"

2. Menggunakan NetCut Defender


Tetingkap NetCut Defender akan keluar jika anda sudah memasang perisian ini. Pertama sekali anda akan nampak senarai Network Card. Sila pilih network yang anda gunakan untuk menyambung ke rangkaian WiFi.. Selalunya nama Network Card bagi rangkaian wifi diberi nama "WiFi Adapter" ataupun "Wireless". Apabila anda sudah mengenalpasti network card anda kliknya dan klik "Protect".

Kini komputer/laptop anda sudah dilindungi daripada diakses oleh penggodam yang boleh memotong dan mengakses ke dalam komputer anda sebelum sampai ke internet.

Jika ada apa-apa soalan dan cadangan sila berikan di ruangan komen di bawah. Terima kasih kerana membaca :)

Click to comment